HomeSukan'Sepanyol' juara karnival TABS SAFA Bandaraya B12

‘Sepanyol’ juara karnival TABS SAFA Bandaraya B12

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pasukan ‘Sepanyol’ berjaya menjuarai karnival bola sepak dalaman Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya B12 selepas mengalahkan pasukan ‘Belgium’ 3-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di padang TABS di sini,semalam.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan penuh masa dan ini memaksa pengadil memberi sepakan penalti bagi menentukan kejuaraan.

Manakala pasukan ‘Brazil’ dan ‘Itali’ menduduki tempat ketiga bersama.

Pemain terbaik dimenangi Nasril dari pasukan Sepanyol dan Aizat Zaqwan dari pasukan Belgium diisytiharkan sebagai penjaga gol terbaik. Manakala pemain berbakat dimenangi Afiq Izudin dari pasukan Sepanyol.

Sebanyak 16 pasukan yang menggunakan nama negara mengambil bahagian dalam karnival itu dan ia telah dibahagikan kepada empat kumpulan.

Majlis pelancaran karnival tersebut disempurnakan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Sulaiman Mohd Noor.

Hadiah-hadiah kemenangan berupa trofi, medal dan sijil disampaikan Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim dan ketua jurulatih Matasan Ahmad.

Ketika ditemui selepas karnival itu, Lokman berkata, pemain-pemain terbaik yang dikenal pasti akan diserapkan dalam pasukan utama menghadapi Piala Borneo yang bermula pertengahan bulan ini dan Liga Suparimau siri tiga.

Katanya, pemain-pemain dapat diuji bakat dan kemampuan mereka menerusi karnival seumpama itu.

Menurut beliau, satu karnival membabitkan pemain berusia bawah 15 tahun akan diadakan selepas ini sebelum kejohanan B16 dan B18 akan turut dianjurkan kemudian.

Beliau seterusnya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada unit kejurulatihan dan ibu bapa yang bekerjasama bagi menjayakan karnival itu yang mendapat sambutan memberangsangkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular