HomeIsu tempatanPenuhi ilmu dalam diri untuk capai kejayaan yang lebih baik - Isnin

Penuhi ilmu dalam diri untuk capai kejayaan yang lebih baik – Isnin

Read Time:57 Second

Beaufort : Penganjuran ‘Sabah Merdeka Scrabble Camp Challenge’ di sini baru-baru ini mampu mewujudkan daya fikir dan kreativiti pelajar pada tahap lebih tinggi.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh berkata, ia juga dapat mewujudkan satu kerjasama berpasukan antara peserta yang terlibat.

“Saya melihat program ini satu aktiviti yang baik selain dapat meningkatkan lagi kreativiti pelajar selain menjalin hubungan baik dengan Masyarakat setempat.

“Selain itu saya juga melihat program ini satu aktiviti yang sihat dalam kita menjana nilai-nilai yang baik kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ‘Sabah Merdeka Scrabble Camp Challenge’ di Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Beaufort di sini.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, penganjuran program seumpama itu juga dapat memperkukuhkan lagi ikatan integriti masyarakat berbilang kaum.

“Anak-anak yang ada pada hari ini perlu mempunyai ilmu yang secukupnya kerana ilmu itu merupakan satu aset utama untuk kita meraih suatu kejayaan selain keluar dari kancah kemiskinan.

“Sebagai pemimpin khususnya di kawasan ini saya sentiasa bersedia untuk membantu sebarang aktiviti-aktiviti melibatkan pendudukan demi memberi saingan yang baik kepada pelajar di bandar,” katanya.- SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Universiti Awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya