HomeIsu tempatanPejabat PBNS Tawau kini mula beroperasi

Pejabat PBNS Tawau kini mula beroperasi

Read Time:1 Minute, 0 Second

Tawau : Orang ramai khususnya umat Islam di daerah ini kini boleh mula mendapat perkhidmatan yang disediakan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) selepas pejabat operasi cawangan Tawau sudah mula beroperasi.

Pejabat yang terletak di Tingkat 4 Bangunan MARA Tawau itu merupakan yang kedua dibuka di negeri ini dan dijangka akan dapat memberi manfaat kepada lebih 300,000 umat Islam di daerah ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Ia termasuklah menerima bayaran fidyah, kaffarah, wang tidak patuh syariah, sedekah, wasiat, hibah dan harta pusaka.

Arifin menandatangani plak sebagai simbolik perasmian – FOTO MalaysiaAktif

Selain itu, umat Islam juga boleh mendapat penerangan secara terus mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh PBNS.

Majlis perasmian pejabat tersebut disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif yang juga Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam.

Beliau diiringi ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN Sebatik, Hassan A. Ghani Pg. Amir, Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Muis (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad.

Hadir sama, Pengerusi PBNS, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar dan Timbalannya, Ag. Syairin Ag. Bakar, Ahli Lembaga Pengarah PBNS, Maarof Abd Wahid dan Suzumaidah Hussain. FOTO PBNS/MalaysiaAktif

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya