HomeUtamaMDP terima RM136,250 daripada Qhazanah Technology Sdn. Bhd.

MDP terima RM136,250 daripada Qhazanah Technology Sdn. Bhd.

Read Time:1 Minute, 27 Second

PUTATAN: Majlis Daerah Putatan (MDP) telah menerima cek replika bernilai RM136,250 daripada Qhazanah Technology Sdn. Bhd. untuk bayaran Yuran Permit Tahunan Struktur Telekomunikasi bagi tempoh 2019 hingga 2022.

Qhazanah Technology Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang dilantik sebagai One Stop Agency (OSA) oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelaras permohonan berkaitan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

Penyerahan cek replika disampaikan oleh pengerusi Qhazanah Technology Sdn. Bhd. Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari yang berlangsung semasa Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Putatan Bil 2/2023 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Putatan di sini, pagi tadi (5 Sept).

Dalam majlis penyerahan tersebut, Ahmad Sah menyarankan agar syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi memberi kerjasama untuk mengemukakan setiap permohonan kelulusan permit pembinaan infrastruktur komunikasi baharu dan mengemukakan permohonan pembaharuan permit tahunan melalui OSA untuk tindakan selanjutnya bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Selain itu, syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi juga digalakkan untuk menyertai program pemutihan bagi infrastruktur sedia ada yang masih belum berdaftar bagi mengelakkan infrastruktur telekomunikasi mereka dianggap struktur haram,” jelasnya.

Menurut Ahmad Sah, Qhazanah Technology Sdn. Bhd. juga sedang merancang untuk bekerjasama dengan PBT dalam menjalankan operasi bersepadu bagi memastikan semua syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

“Dalam usaha untuk memudahkan proses pengurusan dan pemantauan permohonan secara efisien, PBT diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak OSA dengan tidak menerima sebarang permohonan terus daripada syarikat pemilik infrastruktur telekomunikasi sebagai satu langkah untuk menjadikan proses pengurusan mudah dipantau dengan lebih efisien,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Majlis Daerah Putatan berterima kasih kepada Qhazanah Technology Sdn. Bhd. atas usaha mereka dan berharap kerjasama yang baik ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pemantauan dan pengurusan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular