HomeUtamaKonsert 'Rossa Another Journey: The Beginning' bakal berlangsung di Kota Kinabalu 8...

Konsert ‘Rossa Another Journey: The Beginning’ bakal berlangsung di Kota Kinabalu 8 Disember ini

Read Time:2 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa bakal mengadakan konsert ‘Rossa Another Journey: The Beginning’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 8 Disember ini.

Ini adalah berikutan kejayaannya
Jelajah konsert Another Journey:
The Beginning di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana dia telah membuat persembahan untuk dua hari berturut-turut pada bulan Julai dan konsertnya yang memecahkan rekod di Singapura, mencipta rekod baharu untuk artis solo Indonesia.

Rossa kini bersedia untuk meneruskan jelajah albumnya, meliputi bandar-bandar utama yang terdapat di Indonesia dan Malaysia.

Ini termasuklah bandaraya Kota Kinabalu, Sabah telah dipilih sebagai salah satu bandar di Malaysia untuk menjadi tuan rumah Jelajah Album “Another Journey: The Beginning” anjuran bersama Inspire Production (Indonesia) dan Fazzbuzz Events & Media (Kota Kinabalu).

Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, meluahkan rasa keterujaannya untuk mengadakan konsert di Sabah.

“Alhamdulillah. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang mengadakan jelajah album baharu dalam tiga negara tahun ini: Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Kali ini, saya ingin melawat bandar-bandar di tiga negara ini yang saya rindui semasa konsert 25 Shining Years tahun lalu,” katanya semasa sidang media secara dalam talian (online) pada Rabu (6 Sept).

Sidang Media Rossa Another Journey: The Beginning’ secara dalam talian di SICC, Kota Kinabalu pada Rabu.

Selain konsert, Rossa turut memberitahu ini adalah kali pertama dia ke negeri Sabah dan sangat teruja untuk mengenali Sabah lebih dekat dengan budaya, menikmati makanan laut dan keindahan alam semulajadinya.

“Saya sangat teruja, saya hanya mengetahui dan melihat di media sosial tentang keindahan alam semulajadi di negeri Sabah, saya harap dengan lawatan singkat saya di Sabah, saya akan mengunjungi tempat-tempat menarik di sana dan saya juga adalah seorang ‘food lover‘ saya mahu menikmati makanan laut yang segar nanti,” ujarnya.

Semasa konsert ini, Rossa akan menghiasi pentas dengan membawa 25 lagu-lagu hitnya yang popular termasuklah seperti lagu “Tegar”, “Ayat-Ayat cinta”, “Pudar” & “Masih”, dan lagu baharunya “Lupakan Cinta” daripada album terbarunya.

Pada konsert itu juga Rossa akan diiringi dengan kemunculan bintang jemputan istimewa, termasuk artis popular dari kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia antaranya Cakra Khan.

Untuk peminat Rossa, terdapat kategori tiket khas yang dipanggil “Another Journey.” Dalam kategori ini, peminat akan mempunyai peluang yang luar biasa untuk bertemu Rossa secara peribadi, sesi bergambar bersama, dan menerima barangan rasmi daripada “Another Journey: The Beginning”.

Kategori tiket untuk konsert tersebut adalah seperti berikut:
● Sekali Ini Saja: RM 168
● Lupakan Cinta: RM 238
● Gold: RM 488

Faedah Pakej Istimewa
● Platinum: RM 888 – Termasuk CD bertandatangan
● Another Journey: RM 1,668 – Termasuk meet & greet, makan, barangan rasmi dan sesi bergambar bersama Rossa

Tiket konsert boleh diperolehi di www.ticket2u.com.my/rossa (Malaysia)

Untuk kemas kini dan maklumat lanjut, sila layari Facebook di https://www.facebook.com/RossaAnotherJourneySabah, Instragram di @inspire_idn & @fazbuzzm, dan Tiktok di Fazbuzzm untuk melihat kemas kini tentang acara atau hubungi penganjur acara di talian +60 13-803 4232 (Fern) dan +60 13-272 7900 (Michelle).

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular