HomeUtamaPelaksanaan mekanisme 40 peratus hasil Sabah dimuktamadkan Julai 2024

Pelaksanaan mekanisme 40 peratus hasil Sabah dimuktamadkan Julai 2024

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan mekanisme tuntutan 40 peratus hasil Sabah daripada Kerajaan Persekutuan akan dimuktamadkan sebelum Julai tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu yakin akan dapat dilaksanakan dengan penyertaan pimpinan Sabah dalam Majlis Pelaksanaan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perkara ini telah diputuskan dalam Majlis Pelaksanaan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri 2 dimana saya juga anggota dan keputusan mesyuarat menyatakan dalam tempoh satu tahun ini kita perlu muktamadkan pelaksanaan mekanisme 40 peratus itu.

“Seterusnya satu jawatankuasa kerja telah dibentuk dan ianya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan Ali untuk merangka mekanismes sebelum diangkat semula kepada majlis khas MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen UPKO di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Ewon yang juga Presiden UPKO berkata, perkara-perkara tersebut perlu mempunyai garis masa sebelum keputusan muktamad dilaksanakan.

“Sebab itu perlu ada ‘timeline’, kalau kita buat keputusan tapi tiada ‘timeline; itu mencabar sebab itu berada dalam Kabinet menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan ‘timeline ini dapat dipenuhi,” katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan dasar pada konvensyen itu, Ewon berkata, beliau mahu memberi dua fokus utama beliau sebagai presiden parti iaitu pembangunan keusahawanan dan sokongan pendidikan.

Katanya, untuk melaksanakan fokus tersebut, beliau akan mempengerusikan satu jawatankuasa penyelarasan pembangunan keusahawanan di peringkat parti yang akan dianggotai oleh semua pimpinan parti yang telah dilantik ke agensi-agensi Kerajaan.

“Sehingga hari ini, sebanyak empat pemimpin UPKO dilantik sebagai Pengerusi agensi Kerajaan dan 13 pimpinan dilantik Ahli Lembaga Pengarah di pelbagai agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Saya akan mempengerusikan sendiri penyelarasan pembangunan keusahawanan rakyat kita melalui satu jawatankuasa yang dianggotai oleh semua pimpinan parti yang dilantik dalam agensi-agensi kerajaan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya