HomeEkonomiPTPN IV - reNIKOLA Umum Jalinkan Kerjasama Bangunkan Empat Loji CBG Di...

PTPN IV – reNIKOLA Umum Jalinkan Kerjasama Bangunkan Empat Loji CBG Di Sumatera Utara

Read Time:2 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR: Syarikat solar terbesar Malaysia, reNIKOLA Holdings Sdn Bhd, buat pertama kalinya melancarkan projek sulungnya di luar negara dengan bekerjasama dengan PT Perkebunan Nusantara (PTPN IV) untuk membangunkan Compressed Bio Gas ( CBG) di Sumatera Utara.

Kedua-dua syarikat tersebut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Jun 2023, disaksikan Pengarah Pemasaran PTPN III (Holdings), Dwi Sutoro. Antara intipati penting MOU tersebut adalah reNIKOLA menyokong usaha rakan kongsinya dalam membudayakan Environemntal, Social and Governance (ESG).

Menerusi perkongsian itu, reNIKOLA akan membina, memiliki dan mengendalikan empat loji CBG di kilang kelapa sawit PTPN IV iaitu PKS Tinjowan, PKS Pulu Raja, PKS Dolok Sinumbah dan PKS Pabatu. Dalam proses itu, setiap loji akan menggunakan effluent minyak sawit (POME) PTPN IV sebagai bahan mentah untuk menghasilkan biometana.

Pengarah Urusan reNIKOLA, Adel Boumhidi, melahirkan rasa teruja mereka dengan kerjasama itu, terutama dengan reputasi PTPN IV sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang berasaskan pertanian yang memberi tumpuan kepada pengeluaran minyak sawit dan memainkan peranan penting dalam menyahkarbonkan industri minyak sawit di Indonesia.

Tambahnya, kerjasama itu juga berjalan lancar dengan matlamat reNIKOLA untuk membangunkan 50 projek CBG di negara jiran Indonesia dengan jumlah pelaburan melebihi USD $300 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Melalui projek CBG, kami akan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim supaya ia dapat menyumbang untuk merealisasikan sasaran Indonesia untuk mencapai 29 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030.

“Bagi kami, pengembangan sayap syarikat kami ke Indonesia ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui kami sambil kami berusaha untuk menjadi salah satu pemain terkemuka dalam industri tenaga boleh diperbaharui di rantau ini,” kata Boumidi.

Mensasarkan untuk membina portfolio tenaga boleh diperbaharui sehingga 1GWp yang terdiri daripada loji tenaga solar dan bukan solar, reNIKOLA memiliki dan mengendalikan loji janakuasa solar berskala besar di Semenanjung Malaysia dengan jumlah kapasiti penjanaan 178 MWp, serta beberapa lagi loji janakuasa biogas.

Sementara itu, Pengarah PTPN IV, Sucipto Prayitno, mendedahkan sebagai anak syarikat kepada PTPN Holding, yang beroperasi dalam sektor perladangan kelapa sawit, mereka mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan reNIKOLA selaras dengan pelan hala tuju pengurangan Gas Rumah Hijau (GHG) yang dilancarkan Kumpulan PTPN untuk mengurangkan pelepasan dalam Perniagaan sebagai Aktiviti perladangan biasa (BAU).

Langkah itu juga dijalankan bagi menyokong program Kerajaan Indonesia mengurangkan pelepasan GHG sebanyak 20 peratus secara sendiri atau 41 peratus dengan bantuan antarabangsa menjelang 2030.

“PTPN IV akan mengurangkan metana pelepasan daripada POME dengan memanfaatkannya untuk menghasilkan tenaga baharu yang boleh diperbaharui berjumlah 377,523 daripada jumlah kandungan karbon dioksida,” jelasnya.

Sambil menekankan komitmen mereka, Sucipto berkata mereka akan terus mengembangkan amalan ESG mereka melalui kerjasama dengan reNIKOLA, menukar POME kepada biogas yang telah dimurnikan, atau juga dikenali sebagai biometana.

Tambahnya, PTPN IV berusaha untuk memudahkan PT Kawasan Industri Nusantara (KINRA) membangunkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Sei Mangkei sebagai Zon Industri Hijau pertama di Indonesia.

RELATED ARTICLES
Utama

Kemahiran asas literasi 3M jadi keutamaan seawal usia kanak-kanak di negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya