HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah

Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah, lewat petang Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bot berkenaan berjaya dikesan dan diperiksa di kedudukan lebih kurang 2.7 batu nautika timur laut muara Marina Kudat sekitar jam 8.30 malam.

“Semasa diperiksa, terdapat tiga individu yang mengendalikan bot berkenaan terdiri daripada seorang warga tempatan sebagai tekong manakala dua lagi merupakan awak-awak warga Filipina.

“Seorang daripada individu terbabit didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Ketiga-tiga individu terbabit berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, pemeriksaan lanjut keatas bot kargo berkenaan menemui minyak disyaki minyak petrol yang disimpan di dalam tangki simpanan bot tersebut yang dianggarkan lebih kurang 2,000  liter dibawa tanpa permit yang sah daripada pihak berkuasa.

Susulan itu katanya, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan ditahan dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM232,000. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan dan Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan awak-awak gagal menunjukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya, Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya