HomeUtamaPeranan PNS terus diperkasa, tarik minat murid ikuti STI

Peranan PNS terus diperkasa, tarik minat murid ikuti STI

Read Time:1 Minute, 35 Second

Membakut : Peranan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) terus diperkasa khususnya dalam menarik minat murid di Sabah bagi mengikuti Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah membina Pusat STI di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3 juta yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini.

“Pusat STI Keningau ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas Sains iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

“Selain itu, KSTI juga turut merancang melaksanakan projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Sains Borneo Siri 2,2023 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup.

Arifin berkata, kementeriannya juga telah berjaya mendapatkan persetujuan bagi pembinaan Pusat STI Tawau dan Pusat STI Sandakan yang masing-masing bernilai RM5.1 juta.

“Ingin saya tekankan bahawa subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menyediakan peluang pekerjaan yang besar di masa hadapan.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama rakan-rakan strategik dalam usaha menarik minat para pelajar terhadap bidang STI di samping memberikan pendedahan awal kepada mereka sebagai persediaan dan titik tolak bagi perancangan kerjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, KSTI juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembudayaan STEM dengan rakan-rakan strategik dalam dan luar negara bagi menarik minat murid di Sabah.

Katanya, ia termasuklah telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Guangxi Science and Technology Museum dan melalui kerjasama ini, Kerajaan Republik China bersetuju untuk menempatkan lebih kurang 60 buah bahan pameran sains bergerak yang akan ditempatkan di Cawangan PNS seluruh negeri secara bergilir selama tiga tahun.

“Pameran ini akan dilancarkan pada 27 September 2023 di PNS Tanjung Aru sebagai lokasi pertama. InsyaAllah, pameran ini akan turut di tempatkan di daerah Membakut bagi melahirkan anak-anak Membakut yang bijak dalam bidang sains dan teknologi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya