HomeIsu tempatan1,000 jemaah hadir majlis kesyukuran sambutan Hari Malaysia

1,000 jemaah hadir majlis kesyukuran sambutan Hari Malaysia

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,000 jemaah mengimarahkan majlis tahlil, doa selamat, solat hajat dan solat Jumaat sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri 2023, di sini hari ini.

Majlis yang diadakan di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Ketibaan Tun Juhar disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong serta Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah@ Yantis Goduan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting manakala bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.

Seterusnya, Bungsu turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Perpaduan Teras Keharmonian Masyarakat Majmuk’ sebelum solat Jumaat dan solat Hajat diimamkan oleh Suhaidi.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul serta Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Rumah Terbuka Aidilfitri wadah erat hubungan silaturrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya