HomeIsu tempatanPameran Artifak Rasulullah SAW diadakan Sabtu ini

Pameran Artifak Rasulullah SAW diadakan Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Pameran Artifak Rasulullah SAW dan puteri baginda, Saidatina Fatimah Az-Zahra akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Mutiara Bakti Sabah (PKMBS), Datin Diana Wazir berkata pameran dua hari tersebut dianjurkan sempena menyambut bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Pameran artifak peninggalan  Rasulullah SAW itu bertujuan berkongsi pendidikan dan pengetahuan bersama rakyat Sabah khususnya di Kota Kinabalu.

“Selain itu, program ini juga adalah bagi memberi penghormatan tertinggi kepada Rasulullah SAW di samping menjadi acara pembukaan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Diana berkata, pihaknya turut menjemput orang ramai untuk mengambil kesempatan mengunjungi pameran dua hari  tersebut yang akan bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

“Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti kempen derma darah, mewarna bagi kanak-kanak dan sesi bercerita kisah Rasulullah SAW,” katanya.

Pameran tersebut merupakan anjuran bersama PKMBS, Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA), Al Falah Solution dan rakan strategik iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Pejabat Mufti Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular