HomeIsu tempatanWWF Malaysia sasar 50 peratus tanah negeri dilindungi

WWF Malaysia sasar 50 peratus tanah negeri dilindungi

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Tabung Hidupan Liar (WWF)-Malaysia menyasarkan sebanyak 50 peratus tanah di negeri ini dilindungi dengan mengekalkan hutan simpan bagi membekalkan ekosistem.

Ketua Pemuliharaan WWF-Malaysia di Sabah, Dr Robecca Jumin berkata, menerusi Sabah Landscapes Programme (SLP), pihaknya meletakkan sasaran itu di bawah elemen pertama iaitu melindungi (protect) yang merangkumi usaha melindungi kawasan hutan, hidupan liar dan kawasan tadahan air.

“Kita sasarkan 50 peratus tanah di negeri ini dilindungi dengan mengekalkan hutan simpan bagi membekalkan ekosistem yang mencukupi untuk kawasan perairan, habitat flora dan fauna serta meneruskan dasar 30 peratus Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) menjelang 2025.

“Kita juga ingin memastikan hidupan liar kekal dengan menguatkan daya usaha melindunginya dan mewujudkan koridor antara kawasan hutan agar hidupan liar dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain sekaligus meningkatkan ketahanan terhadap perubahan cuaca drastik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di sini semalam.

Dr Robecca berkata, WWF-Malaysia juga menetapkan elemen kedua iaitu produce yang melibatkan kerjasama dengan pihak swasta untuk memulihara kawasan pemuliharaan bernilai tinggi dengan pelaksanaan operasi mapan.

Manakala, elemen ketiga ialah restore iaitu usaha-usaha pemuliharaan yang akan dibuat dengan kerjasama komuniti serta pihak swasta kerana pihaknya mengambil maklum terdapat kawasan hutan yang telah diterokai dari dahulu antaranya, Taman-Taman Sabah untuk memulihara taman pelbagai guna terbesar Malaysia, Taman Marin Tun Mustapha bersama-sama Darvel Bay.

“Kita telah mengenal pasti kawasan tersebut sebagai salah satu kawasan yang sangat penting dari segi biodiversiti dan penduduk di sana juga bergantung kepadanya sebagai kawasan perikanan yang penting,” katanya.

Turut membuat kunjungan kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu ialah Duta Besar Qatar ke Malaysia, TYT Salah Mohammed Al-Sorour yang bertujuan untuk bertukar pandangan serta mengukuhkan hubungan dua hala dalam bidang ekonomi, teknologi serta pelancongan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya