HomeUtamaHajiji serah 421 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk Tongod

Hajiji serah 421 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk Tongod

Read Time:1 Minute, 17 Second

TONGOD: Kerajaan Negeri menyerahkan sejumlah 421 geran tanah anak negeri kepada penduduk daripada 15 buah kampung dalam daerah Tongod melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar (1953.15 ekar).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu semasa lawatan kerjanya ke Tongod pada Sabtu.

Katanya, antara kampung-kampung utama yang terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94 geran tanah), Kampung Kironggu (55 geran tanah), Kampung Kotodon (43 geran tanah) dan Kampung Alitang (37 geran tanah).

Menurutnya, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dan bakinya 78 geran dari proses permohonan tanah biasa.

Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada empat buah kampung, melibatkan Kampung Tampasuk seluas 77.587 hektar (191.214 ekar), Kampung Imbak seluas 7.25 hektar (17.915 ekar), Kampung Linayukan (15.831 hektar (39.119 ekar)) dan Kampung Namukon (4.047 hektar (10.00 ekar).

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Bernard Liew, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk dan pemimpin masyarakat setempat.

Terdahulu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod di tapak projek itu.

Beliau diberi taklimat projek pembinaan bangunan MKN itu oleh Nelson.

Projek bernilai RM5,101,390.00 itu dimulakan pembinaan pada Jun 2023 dan dijangka siap pada Disember 2024.

Hajiji turut menyerahkan Tanah Rizab Tapak Bangunan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod kepada Ketua Daerah Tongod, OKK Jusison Saidin.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular