HomeUtamaMOSTI komited untuk beri galakkan, sokongan hasil inovasi serta R&D tempatan

MOSTI komited untuk beri galakkan, sokongan hasil inovasi serta R&D tempatan

Read Time:1 Minute, 54 Second

Semporna : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited untuk memberi galakkan dan sokongan kepada pengaplikasian hasil inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ianya adalah bagi digunakan oleh masyarakat secara inklusif khususnya dalam membantu meningkatkan pendapatan dalam kalangan B40 dan kesejahteraan yang lebih terangkum.

Katanya, sejak tahun 2015, sebanyak 234 projek berinovatif telah dihasilkan menerusi dana Malaysia Social Innovation (MySI) yang dihasilkan dan seramai 100,000 orang telah menerima manfaat melalui replikasi projek berasaskan teknologi R&D tempatan.

“Pada tahun lalu, Inisiatif Inovasi Sosial diberikan nafas baharu dengan penjenamaan semula MySI kepada Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) selaras dengan usaha Kerajaan untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

“Di bawah MyIS ini, MOSTI telah menetapkan tujuh fokus utama yang akan dilaksanakan melalui pendekatan berteraskan komuniti dan kerjasama bagi mencapai kemajuan serta kemakmuran di dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

“Antara fokus utama tersebut adalah pelaksanaan inovasi sosial berteraskan akar umbi dan teknologi tempatan. Projek yang telah dilaksanakan oleh SIRIM Berhad ini merupakan salah satu daripadanya yang telah memberi manfaat kepada lebih 100 penduduk di kawasan Pulau Sebangkat, Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Hybrid Power System And Desalination Bagi Menghasilkan Air Bersih untuk Komuniti Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semporna di Pulau Sebangkat di sini hari ini.

Arthur berkata, pulau yang merupakan sebahagian daripada pulau-pulau kecil di bawah Taman Marin Tun Sakaran saban tahun berhadapan dengan isu bekalan air bersih.

“Malahan penduduk di pulau ini terpaksa berulang-alik setiap hari ke Pekan Semporna menggunakan bot kecil bagi membeli air bersih yang dijual pada harga RM0.50 sen segelen.  Jika air berkenaan dihantar menggunakan bot oleh pembekal ke pulau yang diduduki, penduduk terpaksa menanggung kos sehingga RM2.00 segelen.

“Sehubungan itu, MOSTI melalui teknologi penyahgaraman air laut SIRIM Berhad ini dilihat sebagai alternatif solusi terbaik bagi mengatasi permasalahan masyarakat di Pulau Sebangkat, sekali gus dapat menangani krisis bekalan air bersih dalam jangka masa panjang.

“Saya yakin projek inovasi ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti kehidupan, produktiviti dan membantu penduduk memperolehi sumber air yang bersih demi kelangsungan hidup,” katanya.

Beliau turut berharap agar projek itu dapat digunakan sepenuhnya secara maksimum oleh komuniti setempat sebelum diperluaskan ke kawasan lain. – SABAH MEDIA / FOTO MOSTI

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular