HomeIsu tempatanKerajaan prihatin isu pendidikan, pembangunan modal insan

Kerajaan prihatin isu pendidikan, pembangunan modal insan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Penampang : Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap isu pendidikan dan pembangunan modal insan di Sabah menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan sebelum ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, generasi muda perlu cemerlang bukan sahaja dalam pencapaian akademik tetapi juga dari segi pembangunan sahsiah diri.

“Mereka merupakan modal insan dan permata yang akan memimpin negeri Sabah dan negara Malaysia amnya.  Melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kerajaan meletakkan pembangunan modal insan sebagai antara teras utama dengan pelbagai inisiatif pendidikan diberikan.

“Antaranya seperti Bantuan Tunai Peperiksaan (BAKTI), BALKIS, AKSA, BAIK, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Bantuan Aktiviti PIBG Sekolah (BAGUS) dan banyak lagi.

“Ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri Sabah dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (SM) La Salle di sini, baru-baru ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya turut menggalakkan penggunaan teknologi digital kepada para pelajar seiring dengan kemajuan teknologi.

“Dalam kehidupan sekarang, banyak perkara kita lakukan menggunakan teknologi digital seperti pembelajaran dan pengajaran.

“Namun ianya memerlukan pemantauan dan pengawasan daripada orang yang lebih dewasa untuk mengelakkan anak-anak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif,” katanya.

Majlis yang dihadiri 540 orang terdiri daripada pelajar dan alumni itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung PIBG sekolah berkenaan.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan II, Tan Lee Fatt, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Raisin Saidin dan Pengetua SM La Salle, Vijaya Kumar A/L Arumugam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular