HomeUtamaHakim tarik diri kes rayuan Najib lawan Thomas

Hakim tarik diri kes rayuan Najib lawan Thomas

Read Time:1 Minute, 15 Second

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi, hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan kes samannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berhubung dakwaan salah guna jawatan awam.

Hakim Azizah Nawawi, yang mempengerusikan panel tiga hakim, mendedahkan suaminya Nik Suhaimi Nik Sulaiman pernah berkhidmat secara langsung di bawah Thomas ketika beliau menjadi peguam negara antara Jun 2018 hingga Februari 2020.

Azizah kemudian menanyakan sama ada ada pihak mahu mengemukakan sebarang bantahan.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, mewakili Najib, berkata beliau telah diarahkan anak guamnya untuk memohon Azizah berundur, namun tidak menawarkan apa jua alasan.

Peguam Alan Adrian Gomez, mewakili Thomas, berkata beliau tidak membantah untuk Azizah mengetuai panel hakim.

“Tetapi, kami ingin tahu mengapa perayu mahu Yang Arif (Azizah) berundur,” katanya sambil menyatakan ujian untuk menolak kelayakan hakim adalah sama ada terdapat “bahaya sebenar berat sebelah” dalam kes itu.

Bagaimanapun, Firoz berkata beliau tidak mahu memalukan Azizah dengan mengemukakan alasan.

Azizah, yang bersidang bersama Hakim See Mee Chun dan Hakim Lim Chong Fong, kemudian memutuskan menarik diri.

“Saya berhasrat menarik diri kerana suami saya pernah bekerja secara langsung di bawah Thomas. Lagipun, ini adalah kes kepentingan awam,” katanya.

Pada 25 November tahun lalu, Tommy berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Najib berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas pertuduhan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, ketika membenarkan permohonan Tommy berkata, tuntutan dikemukakan Najib selaku plaintif tidak boleh dipertahan dan tiada sebab tindakan yang munasabah.

RELATED ARTICLES
Utama

KKDW komited teruskan kerjasama strategik bersama pengurusan tertinggi kerajaan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular