HomeSukanPiala AFC : Sabah FC cipta kemenangan bergaya

Piala AFC : Sabah FC cipta kemenangan bergaya

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Gol minit akhir Farhan Roslan berjaya membantu Sabah FC menang bergaya 5-0 ke atas PSM Makassar dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

Selain itu, penyerang Sabah FC, Darren Lok terus mencipta kehebatan apabila berjaya menjaringkan dua gol menerusi gol pertama pada minit ke-6 selepas menanduk masuk bola hasil hantaran Saddil Ramdani sebelum sekali lagi mencipta jaringan ketiga selepas berjaya menolak masuk bola hantaran Saddil pada minit ke-46.

Gol kedua Sabah dijaringkan menerusi tandukan Gabriel Peres pada minit ke-36 selepas menerima hantaran Saddil, sekali gus membolehkan mereka mendahului perlawanan.

Keputusan itu juga menyaksikan Sabah FC meneruskan momentum positif selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Hougang United FC dari Singapura pada aksi pembukaan.

Sebaliknya, untuk PSM Makasar tentu sekali ia keputusan menghampakan selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Sepanjang babak pertama, gerakan paling berbahaya dicipta tuan rumah hanya hadir pada minit ke-15 menerusi rembata Donald Bissa namun percubaannya berjaya ditolak Damien Lim.

Bersambung babak kedua, PSM Makassar terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila penjaga gol Muhammad Reza Pratama dilayangkan kad merah pada minit ke-58 selepas menjatuhkan Saddil diluar kotak penalti.

Tuan rumah sekali lagi dikejutkan dengan gol keempat Sabah FC menerusi sepakan percuma yang disudahkan Stuart Wilkin pada minit ke-73 membolehkan Sabah FC mendahului 4-0.

Farhan Roslan melengkapkan gol kelima Sabah selepas berjaya menolak masuk bola hantaran Miguel Cifuentes pada minit ke-92 membolehkan Sabah FC selesa dihadapan 5-0.

Sabah FC kini berada dikedudukan pertama Kumpulan H dengan mengutip enam mata dan akan bertemu Hai Fong FC dari Vietnam pada 25 Oktober di Stadium Lach Tray Vietnam – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP-SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC sertai kejohanan RCTI Premium Sports di Jakarta hujung bulan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular