HomeUtama2,000 jemaah sertai tahlil, doa kesyukuran ulang tahun kelahiran TYT

2,000 jemaah sertai tahlil, doa kesyukuran ulang tahun kelahiran TYT

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu: Lebih 2,000 jemaah menyertai Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-70, Tun Juhar Mahiruddin di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang diketuai Imam Masjid Negeri Sabah Suhaidi Kuanting dan disusuli bacaan doa selamat dipimpin oleh Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. 

Seterusnya, Bungsu menyampaikan khutbah bertajuk ‘Mentaati Ulil Amri Manifestasi Ciri Mukmin Sejati’ sebelum Solat Jumaat dan Solat Sunat Hajat dilaksanakan dan diimamkan oleh Suhaidi.

Usai Solat Jumaat, Tun Juhar memotong kek pulut kuning dengan diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di perkarangan masjid.

Dalam majlis sama, Tun Juhar turut menyaksikan penyerahan sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada institusi pengajian yang berada di Masjid Nurul Hikmah yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIS, Malai Malai Ahmad kepada Pengerusi Masjid, Jahad Lasuke Amran.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Timbalan Speaker Datuk Al-Hambra Juhar, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin dan PesuruhJaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular