HomeUtamaSPRM dilapor serbu pejabat peguam Muhyiddin, cari maklumat berkaitan menantu

SPRM dilapor serbu pejabat peguam Muhyiddin, cari maklumat berkaitan menantu

Read Time:38 Second

SPRM pagi ini telah menyerbu firma peguam yang mewakili bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

memetik laporan Portal Malaysiakini, seramai 12 pegawai daripada badan antirasuah itu melakukan serbuan ke pejabat firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS).

Sumber itu mendakwa pegawai SPRM menuntut hak untuk menggeledah dan merampas dokumen firma tersebut.

Sebelum ini, pegawai SPRM juga cuba menyerbu pejabat guaman Chetan Jethwani & Co, yang turut mewakili Muhyiddin lapor portal itu lagi.

Dalam pada itu, Portal BH pula melaporkan serbuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan dijalankan suruhanjaya terbabit terhadap menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang ketika ini masih berada di luar negara.

“Ya, ada serbuan. Mereka ambil dokumen berkaitan kes Muhammad Adlan, menantu Tan Sri,” kata laporan itu lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

3 lemas, 3 lagi hilang dihanyut kepala air ketika hiking di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya