HomeUtamaSekretariat Daerah Kecil Kiulu akan dibina tidak lama lagi

Sekretariat Daerah Kecil Kiulu akan dibina tidak lama lagi

Read Time:1 Minute, 18 Second

KIULU: Pembinaan Sekretariat Daerah Kecil Kiulu yang menelan kos RM5 juta itu akan dimulakan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertindak segera untuk mengangkat Kiulu menjadi sebuah daerah kecil dalam tempoh tiga bulan selepas berupaya memastikan pembinaan sekretariat itu.

“Kami akan membangunkan Kiulu sebagai pusat pelancongan kerana ia mempunyai antara pengendali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di negeri ini, yang mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai telah bekerja keras untuk menjadikan Kiulu sebagai hab pelancongan CoBT,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kiulu di Dewan Masyarakat di sini, hari ini.

Hajiji yang merupakan presiden Gagasan Rakyat juga menggesa ahli parti supaya berwaspada budaya fitnah yang berleluasa dalam media sosial.

“Saya mahu semua ahli kita memperbetulkan semua tuduhan palsu yang tersebar di media sosial ini
oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan telah mencapai banyak kejayaan namun ramai yang mahu memfitnah dan menafikannya. Kita tidak boleh membiarkan orang ramai terganggu dengan tindakan mereka ini,
pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pengerusi GRS itu berkata adalah penting bagi Gagasan Rakyat untuk bekerjasama dengan rakan parti menggagalkan percubaan untuk menggugat kestabilan kerajaan.

Hajiji juga memberi jaminan dia akan berjuang untuk semua parti di Kiulu.
Bagaimanapun, sebagai Ketua Menteri, beliau berkata beliau akan berjuang untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Hadir sama, ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Bahagian, Gagasan Rakyat Kiulu, Janih Bangud dan pemimpin parti komponen, termasuk Setiausaha Agung STAR, Datuk Edward Linggu dan Naib Presiden UPKO, Fairuz Bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri sokong penuh pindaan Ordinan Buruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya