HomeUtamaBajet 2024 : Bayaran insentif awal kajian SSPA RM2,000 kepada penjawat awam

Bajet 2024 : Bayaran insentif awal kajian SSPA RM2,000 kepada penjawat awam

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuklah lantikan kontrak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi bayaran sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak- anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Katanya,SSPA ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

“Bagi memastikan nasib penjawat awam terbela, Kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.

“Kenaikan had siling gaji ini membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM 1.6 juta. Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

“Tahun hadapan, Kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya