HomeUtamaBajet 2024 : Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.6 bilion

Bajet 2024 : Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.6 bilion

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Peruntukan pembangunan bagi negeri Sabah pada tahun hadapan meningkat kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan antara kesepakatan yang dicapai pemimpin terdahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat direalisasikan.

Katanya, peruntukan pembangunan bagi negeri Sarawak turut meningkat kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.6 bilion pada tahun ini.

“Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM 50  juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Perpaduan juga telah meningkatkan kadar Pemberian Khas interim untuk Sarawak dan Sabah kepada RM 300 juta berbanding RM16 juta bagi Sarawak dan RM125.6 juta bagi Sabah sebelum ini.

“Kali terakhir kajian semula Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah dibuat masing-masing pada 1969 dan 2022,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 telah diluluskan di Dewan Rakyat semalam bagi memperuntukkan wakil Kerajaan Sabah yang dinamakan Ketua Menteri Sabah dan seorang wakil Kerajaan Sarawak yang dinamakan Premier Sarawak selaras dengan hasil Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963.

Katanya, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Sabah juga telah mencapai kesepakatan berhubung penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang bakal berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.

“Kendatipun kuasa kawal selia diserahkan kepada Kerajaan Sabah, Kerajaan Persekutuan tetap akan terus membantu Kerajaan Sabah dalam mengukuhkan industri bekalan elektrik di Sabah melalui pemberian subsidi kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sehinggalah Pelan Transformasi SESB berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun iaitu sehingga 2030.

“Bagi menjamin kestabilan dan mengurangkan gangguan bekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan timur Sabah, Kerajaan  Persekutuan akan memberi sokongan kepada pelaksanaan penjanaan tenaga secara solar hibrid serta pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan juga sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada Kerajaan negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular