HomeIsu tempatanDr Jafran dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Kota Belud

Dr Jafran dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Kota Belud

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Belud : Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Dr Jafran Kusin diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di sini baru-baru ini.

Selain itu, usahawan farmasi, Akriah Barabag turut diumumkan sebagai penerima tokoh Maal Hijrah dan seorang pesara Kerajaan Masnih Saman diumumkan sebagai penerima tokoh Saidatina Khadijah.

Anugerah-anugerah itu disampaikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Fairuz ketika berucap berkata, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu ‘ Perpaduan Teras Malaysia Madani’ merupakan satu tema yang sinonim dengan kehendak agama.

Katanya, ia sesuai dengan keadaan masyarakat negeri serta daerah yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan berlainan agama.

“Tema ini juga diangkat bagi mendidik masyarakat agar mencontohi akhlak Nabi SAW yang mempunyai sikap kasih sayang yang tinggi kepada keluarga baginda, para generasi muda juga orang-orang mukmin.

“Semoga sempena sambutan Maulidur rasul ini juga akan menjadi peringatan kepada kita agar selalu memperbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita,” katanya.

Pada majlis itu, turut disampaikan beberapa anugerah lain antaranya Tokoh Imam Kariah Contoh; Tokoh Imam Rawatib Contoh; Anugerah Masjid Terbaik; Anugerah Surau Terbaik dan Anugerah Taman Ar Raudah.

Selain itu, hadiah bagi pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik turut disampaikan.

Antara kategori kontinjen bagi pertandingan sepanduk dan perarakan yang dipertandingkan ialah Kategori Jabatan; Kategori Unit beruniform; Kategori Pertubuhan; Kategori Komuniti; Kategori Sek. Men dan Kategori Sek Rendah. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ahli Lembaga Pelawat HMBP bantu pesakit mental pulih, kembali kepada masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular