HomeUtamaKITA 2023 diharap beri impak, pendedahan berkaitan integriti

KITA 2023 diharap beri impak, pendedahan berkaitan integriti

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 akan diadakan selama tiga hari bermula Isnin ini sehingga Rabu depan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk S. Karunanithy Y. Subbiah berkata, penganjuran konvensyen itu merupakan aspirasi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang dijangka akan merasmikan konvensyen berkenaan.

Katanya, KITA 2023 mengangkat tema ‘Integriti Teras Perkhidmatan Madani’ sebagai asas dan lembayung yang memayungi pengisian dan tujuan utama penganjuran.

“Dijangkakan seramai 2,300 orang peserta dari seluruh Malaysia akan hadir pada konvensyen yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, penjawat awam serta pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. 

“Diharap hasil dari pelaksanaan KITA 2023 ini akan dapat memberikan impak serta pendedahan kepada peserta berkaitan integeriti dan seterusnya dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka,”katanya ketika ditemui media selepas Sesi Temubual bersama Sabah FM di sini, semalam.

Karunanithy berkata, antara pengisian utama konvensyen ialah sesi plenary yang akan disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Datuk Nor Azmi Karim.

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman dan Pengurus Besar Jabatan Integriti dan Governans Prolintas, Dr Rozaidi Abdul Rahim juga akan bertindak menjadi moderator kepada dua Forum Interaktif,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular