HomeSukanGolf amal erat kerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri

Golf amal erat kerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kejohanan Golf Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah berupaya mengeratkan kerjasama antara pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, negeri dan swasta.  

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, seramai 128 peserta terlibat untuk kejohanan kali ini dan berlangsung dalam suasana meriah serta lancar.

“Sebanyak RM 30,000 berjaya dikumpul melalui kutipan bayaran penyertaan kejohanan dan sumbangan berkenaan telahpun diserahkan kepada Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datuk Al Hambra Tun Juhar,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui media pada Kejohanan Golf Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah disini, semalam.

Pemenang Kategori Gross kejohanan amal tersebut dimenangi oleh Mohd Hanzallah, diikuti Jellysius B.Soimpon dan Shaiful Batong.

Manakala bagi Kategori Nett pula disandang oleh Afdlin Mikhail Soffian, Ambossakka Patiroy di tempat kedua dan Affandi Ag Besar di tangga ketiga.

Selain itu, Kategori VIP berjaya dirangkul oleh Datuk Eddie Abdullah yang membawa pulang wang tunai dan hadiah iringan.

Turut hadir,  Timbalan Ketua Menteri  Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah,Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Timbalan Speaker, Datuk Richard Yong We Kong.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular