HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan TABF hujung bulan ini

Orang ramai dipelawa meriahkan TABF hujung bulan ini

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan menganjurkan Pesta Pantai Tanjung Aru (TABF) selama dua hari di Taman Prince Phillip, hujung Oktober ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, pesta dua hari yang bermula 28 Oktober itu merupakan acara bebas sampah dan terbuka kepada orang ramai bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Matlamat utama acara ini adalah untuk mengembalikan keindahan dan menjaga kebersihan Tanjung Aru selain mempromosikan pantai awam sebagai produk pelancongan dengan pemandangan indah matahari terbenam.

“Beberapa acara pertandingan diketengahkan iaitu sukan bola sepak pantai, limbo rocktag ragbi, berkayak, papan kayuh berdiri, pertandingan mewarna dan membina istana pasir bagi kanak-kanak,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Christina berkata, pengunjung boleh melawat pelbagai gerai, menikmati sesi zumba, bertemu dan bersalaman dengan pemain Kelab Bola Sepak Sabah, ceramah berinformasi, pertandingan fotografi serta cabutan tiket bertuah. 

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai berkunjung ke Pantai Tanjung Aru dan memaklumkan perkhidmatan bas disediakan dari Pusat Beli Belah Imago ke pusat riadah tersebut secara berjadual bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Pengunjung juga disediakan basikal dan sebarang maklumat tambahan atau kemas kini bolehlah diperolehi di laman web rasmi  www.hellosabah.com.,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Eksekutif Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), Datuk Ir. Abdul Aziz Julkarnain, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman dan Timbalan Setiausaha Tetap KePKAS, Mary Malangking.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular