HomeSukanPusat memanah, gasing perlu dibina - Matbali

Pusat memanah, gasing perlu dibina – Matbali

Read Time:1 Minute, 15 Second

Sipitang : Pusat aktiviti memanah dan gasing perlu dibina di daerah ini bagi memperkasa sukan tradisional itu.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, Sipitang mempunyai bakat-bakat sukan memanah yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

“Contohnya, Rohayati Tarip dan Ismail Jumat telah mendapat tempat ketiga di Kejohanan Memanah European Traditional Open (ETO) 2023 di Jerman.

“Kita berharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan bagi menyediakan fasiliti sukan riadah tersebut melalui Kementerian Belia dan Sukan,” katanya semasa Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah. 

Seramai 10,000 orang menyertai pelbagai acara sempena HSN di Padang Top Ten, Majlis Daerah Sipitang antaranya pertandingan Gasing Pangkah Tradisional, bola jaring, futsal, bola tampar, petanque,  berbasikal dan demonstrasi silat serta Muay Thai. 

Matbali juga berkata sukan sebagai agenda nasional mampu menyemarakkan semangat patriotik dan wadah membentuk Malaysia Madani yang harmoni.

“Melalui HSN, kita mahu memupuk kesedaran kepentingan mewujudkan masyarakat cergas dan aktif di samping menambah pengetahuan sukan. 

“Selain itu, HSN dapat meningkatkan perkembangan ekonomi setempat, meningkatkan pembangunan dan sebagai pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti sukan serta membangunkan sukan di peringkat akar umbi. 

“Oleh itu, sambutan HSN Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah akan dilaksanakan secara bergilir ke daerah-daerah lain pada masa akan datang,” katanya yang juga Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusuf Yacob dan Pegawai Daerah Sipitang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HSN Bahagian Pedalaman Bawah 2023, Awang Raimy Pg. Abdul Rahman.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular