HomeUtama116 pelajar Sabah cemerlang SPM terima tajaan Pendidikan PETRONAS

116 pelajar Sabah cemerlang SPM terima tajaan Pendidikan PETRONAS

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Seramai 116 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari Sabah telah menerima penajaan pendidikan menerusi Program Memperkasakan Ilmu – Penajaan Pendidikan PETRONAS.

Mereka adalah sebahagian daripada 600 pelajar cemerlang SPM 2022 di seluruh negara yang mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti terkemuka tempatan serta di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, dan Jepun, serta, mulai tahun ini, di Korea Selatan.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2023 menjadi detik yang membanggakan bagi pelajar berkenaan apabila mereka menerima tajaan sambil diiringi tepukan daripada ibu bapa dan penjaga yang turut hadir pada majlis itu.

Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, bersama Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Teknologi, PETRONAS, Datuk Bacho Pilong menyampaikan tajaan kepada pelajar berkenaan.

Mohd Bakke berkata, PETRONAS percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan di semua peringkat akan melahirkan bakat yang berterusan dan mampan.

“Program Memperkasakan Ilmu merupakan komitmen kami untuk menggalakkan penerokaan ilmu
dikalangan pelajar dan pendidik. Kami menyokong usaha mereka ke arah pendidikan berkualiti serta memperkasakan mereka agar terus berusaha mencapai kemajuan seiring dengan perubahan semasa.

“Justeru, dengan portfolionya kini melangkaui industri minyak dan gas ke arah spektrum tenaga yang lebih
luas, PETRONAS memerlukan kemahiran baharu bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang, sekali gus melahirkan tenaga profesional yang berpengetahuan tinggi,” katanya semasa berucap pada majlis berkenaan.

Bidang yang ditawarkan termasuk Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Geofizik, Perakaunan, Pemasaran dan Undang-undang.

Selaras dengan transformasi
digital PETRONAS, syarikat tersebut juga telah memperluaskan penajaannya merangkumi bidang
Sains Data dan Kejuruteraan Data.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman dan Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.

Lebih 10,000 permohonan telah diterima bagi program itu tahun ini. Selepas melalui proses penilaian, seramai 600 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan berjaya mempamerkan kualiti kepimpinan, kecerdasan, kemahiran menyelesaikan masalah, semangat berpasukan serta wawasan untuk mencapai kecemerlangan dan telah dipilih untuk menerima tajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kaamatan wadah promosi perpaduan sosial, jambatan persefahaman – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular