HomeUtamaAcryl Sani dahului penerimaan pingat kebesaran negeri

Acryl Sani dahului penerimaan pingat kebesaran negeri

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu :  Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani semalam menerima pingat darjah kebesaran negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menerima darjah kebesaran itu turut mendahului senarai 206 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Di-Pertua Negeri (TYT) ke-70, di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Tun Juhar menganugerahkan PGDK kepada Nurlaila (kiri). 

Sementara itu,  mantan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datuk Hairani @ Rosenani Hussaini, Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Habibi Majinji dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali antara 26 individu yang tersenarai menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut menerima PGDK ialah Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin, Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC), Datuk Jamawi Ja’afar, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan penyanyi tempatan, Datuk Francis Landong.  

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah, Supian Musa dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Stanis Buandih antara penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), manakala Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Celestina Ubing menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Istiadat pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang turut diserikan dengan kehadiran isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Dalam istiadat tersebut, Tun Juhar turut mengurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada mantan ADUN Balung, Datuk Osman Jamal, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Suzeinah Saulkmen dan Mohamed Nazim Maduarin. FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Capaian internet catat peningkatan bagi kawasan berpenduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular