HomeIsu tempatanPKK laksana khidmat komuniti melalui Program Pemikiran Reka Bentuk

PKK laksana khidmat komuniti melalui Program Pemikiran Reka Bentuk

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Beberapa pelajar dan pensyarah Jabatan Akademik Politeknik Kota Kinabalu (PKK) berjaya mengadakan program khidmat komuniti di Kampung Batangan Baru, Tuaran di sini baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan terdiri dari 10 pelajar dan lima pensyarah itu turut melibatkan pengusaha-pengusaha jeti melalui Program Pemikiran Reka Bentuk.

Pengarah Program, Ts Ismail Asis berkata, Pemikiran Reka Bentuk adalah satu pendekatan yang berharga untuk mencipta inovasi, memahami pelanggan, dan memecahkan masalah dengan cara yang lebih kreatif dan efektif.

“Pemikiran reka bentuk juga merupakan alat yang penting dalam usaha untuk merangsang inovasi, memahami pelanggan, dan mencipta penyelesaian yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Awang Rais Awang Mattiasin serta tiga pengusaha jeti memancing.

Terdahulu, program itu diadakan adalah bertujuan bagi membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah perniagaan melalui elemen yang terdapat di dalam Pemikiran Reka Bentuk melalui pembentangan dan prototaip.

Selain itu, ianya memberi pendedahan baharu kepada pelajar yang terlibat untuk mengaplikasikan kaedah baru dalam membantu masyarakat menyelesaikan masalah dan dapat membantu mereka di alam pekerjaan. – SABAH MEDIA/FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular