Polis kesan dua wanita berkelakuan tidak senonoh di tempat awam

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu sedang giat mengesan dua individu wanita berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di Jalan Gaya di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihak polis terkesan empat keping gambar wanita yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam iaitu di Jalan Gaya, di sini, telah tular di media sosial pada Khamis petang (19 Okt).

“Dua gambar di malam hari tersebut memaparkan seorang perempuan menunjukkan perbuatan yang tidak senonoh seperti mempamerkan payudara serta punggungnya.

“Manakala dua keping gambar di siang hari yang lain pula memaparkan seorang perempuan hanya berpakaian dalam di kawasan terbuka bertempat di sekitar Jalan Gaya, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Polis Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu berkenaan untuk menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011 12939436,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *