HomeUtamaST12 & Nidji Live In Sabah, bakal menggegarkan pentas SICC esok

ST12 & Nidji Live In Sabah, bakal menggegarkan pentas SICC esok

Read Time:3 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kumpulan band terkenal Indonesia, ST12 dan Nidji bakal menggegarkan pentas berprestij di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu ini (21 Okt).

Walaupun genre muzik kedua-dua band gergasi Indonesia itu berbeza, namun mereka akan bersatu dan beraksi di atas panggung yang sama. Konsert “ST12 & Nidji Live In Sabah” itu dijangka bermula pada jam 8 malam.

Kumpulan ini juga adalah nama besar yang memang tidak asing lagi bukan sahaja di Indonesia, malah sangat terkenal di Malaysia.

Itulah kelainan dan keistimewaan yang dibawakan oleh penganjur bersama, ZR Project dan MW Pertama.

Julung kali menggabungkan ST12 dan Nidji di atas satu pentas, ZR Project dan MW Pertama juga memberi keistimewaan kepada penggemar mereka di Nusantara apabila konsert sulung ini akan dilaksanakan di Sabah iaitu di Bandaraya Kota Kinabalu.

Lebih mengujakan, penganjur turut menerbangkan mantan vokalis ST12 iaitu Firman bersama Aris sebagai penampilan khas. “ST12 & Nidji Live In Sabah akan menjadi sebuah kerjasama dalam penganjuran projek mega terbaik yang pernah dianjurkan oleh ZR Project dan MW Pertama.

“Ini kerana kami percaya, walau berbeza dari segi genre, namun keunikan muzik daripada kedua-dua band ini, pasti memukau semua, tidak kira lapisan umur dan bangsa.

“Atas dasar kepercayaan yang besar terhadap pengaruh ST12 & Nidji dalam industri muzik bukan sahaja di Indonesia tetapi peminat di Malaysia, Borneo khususnya Sabah, kami dengan bangga membawakan ST12 & Nidji Live In Sabah sebagai hadiah buah tangan paling Indah pada 21 Oktober nanti.

“Konsert ini merupakan sebuah usaha besar kami bagi mempromosikan kepelbagaian budaya yang ada di negeri Sabah”, ujar Zizan Razak dari ZR Project.

Sementara itu, Nabiha dari MW Pertama berkata, sebagai satu jenama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, ZR Project dan MW Pertama yakin, karya Nidji mahupun ST12, pasti dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

“Sudah tiba waktunya peminat di Sabah menikmati lagu-lagu hits seperti Cinta Tak Harus Memiliki, Aku Masih Sayang dan Cari Pacar Lagi yang akan disajikan oleh ST12 secara langsung.

“Ini juga satu peluang buat peminat Nidji menyaksikan persembahan bertenaga yang sudah menjadi trademark mereka sejak sekian lama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi ST12 yang kini dianggotai Ilham Febry atau Pepep dan Muh. Indra Gunawan (Indra) kesempatan bertemu peminat di Sabah akan menjadi kenangan buat mereka.

“Ini merupakan momen yang dinanti oleh ST12 setelah sekian lama melakukan konsert di Malaysia terutama Kuala Lumpur namun belum berpeluang untuk mengegarkan pentas Borneo lebih-lebih lagi di Sabah.

“Disatukan bersama Nidji, konsert ini pasti akan mencetus fenomena luarbiasa. Tunggu ST12 hadir dengan karya-karya kita ya,” ujar Pepep Nidji yang cukup terkenal dengan hits mereka Laskar Pelangi juga mengakui, amat teruja menanti 21 Oktober 2023 untuk bertemu mata dan membuat persembahan secara langsung buat semua peminat yang akan berkumpul di SICC kelak.

Pada sidang media yang sama, Firman turut berkata, pemerhatian beliau mengenai budaya yang terdapat di Sabah seakan-akan sama seperti di Indonesia juga terutamanya dari segi makanan dan loghat.

“Budaya Sabah dan Indonesia mirip dengan Indonesia, mungkin pengaruh sebab negara kita adalah berjiran dan sangat dekat khususnya di negeri Sabah ini berdekatan dengan beberapa bandar Indonesia seperti Kalimantan, Tarakan dan Nunukan.

“Saya berharap suatu hari nanti ada penerbangan langsung dari Jakarta ke Sabah,” katanya yang turut teruja sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Sabah.

Difahamkan, apa yang lebih menarik lagi, persembahan dua kumpulan hebat ini bakal menjanjikan keunikan tersendiri apabila elemen tradisional muzik Borneo disuntik dalam persembahan nanti.

Kehadiran ST12 & Nidji, bukan sahaja untuk peminat mereka di Sabah, namun mengalu-alukan juga semua peminat dari Kepulauan Borneo mahupun Semenanjung Malaysia tetapi juga negara Brunei Darussalam, Singapura dan sekitarnya.

Tiket bermula dari RM128 (Biarlah Zone D-free Standing), RM288 (Cukup Sampai Di Sini-zone C-free Standing), RM388 (Kepingan Hati-zone 8-free Standing). RM488 (Laskar Pelangi-zone A-free Seating) dan RM688 (Puspa-VIP-Numbered Seating) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my, Atau Whatsapp ke talian +60108708081. Atau buat peminat yang berdekatan boleh ke Karamunsing Mall untuk mendapatkan tiket.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular