HomeSukan150 atlet KYS sertai Pesta Sukan Muhibah JKM

150 atlet KYS sertai Pesta Sukan Muhibah JKM

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Seramai 150 atlet mewakili Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menyertai Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) kali ke-13 yang diadakan selama seminggu bermula hari ini.

Pesta Sukan itu dianjurkan Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama lima jabatan dan agensi yang bertanding antaranya KYS; Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Kejohanan itu dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penaung Sukan Muhibah JKM, Datuk Seri Sr. Safar Untong di Padang Merdeka,  di sini hari ini.

KYS yang di ketuai Pengawal Kewangan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB) selaku Chef de Mission, Joshua Ho akan menyertai beberapa acara yang dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan pada Pesta Sukan itu ialah futsal, bola tampar, badminton, dart, bola sepak, ping pong, sepak takraw, golf, bola jaring, dan tenpin boling.

KYS berjaya memenangi tempat ketiga dalam acara tarik tali yang membawa kepada pingat pertama untuk KYS dalam kejohanan ini. – SABAH MEDIA/FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Sukan

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular