HomeIsu tempatan500 umat Islam alunkan Selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul

500 umat Islam alunkan Selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul

Read Time:51 Second

Sandakan :   Kira-kira 500 umat Islam mengalunkan selawat ke atas nabi junjungan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) pada Malam Kasih Junjungan SAW di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini malam tadi.

Majlis bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah itu turut dihadiri Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Mohd Hasan Ag Supain.

Selain selawat, majlis turut diserikan dengan ceramah Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad selepas ucapan aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Majlis, Awang Zakaria Maria.

Pada majlis itu, persembahan marhaban dan berzanji diiringi oleh mantan Juara Musabaqah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah Mohd Nazri Apin, nasyid dan qasidah oleh Majlis Ta’lim dan Maulid Al-Fath Sabah manakala, selawat didahului kumpulan Trio Selawat.

Hadir sama, ADUN Dilantik Jaffari Waliam yang juga Pengerusi Innoprise Capital Sdn, Bhd.,Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ade Rizal Pahlevi Mohd Zen, Timbalan Presiden II Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Farizal Setoh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Timbalan Yang Dipertua USIA Sabah Datuk Alipuddin KK Puyon,

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Charles, Jessie dan Ain juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular