HomeUtamaTeruskan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin: Agong

Teruskan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin: Agong

Read Time:1 Minute, 1 Second

BERNAMA

Pekan : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia terus mengadakan solat sunat hajat dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Israel.  

 Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat sunat hajat yang diadakan memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa. 

Turut berdukacita dengan penderitaan rakyat Palestin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan orang ramai agar membantu meringankan beban dialami rakyat negara itu dengan memberi sumbangan termasuk kewangan mengikut kemampuan masing-masing.  

“(Nasib) rakyat Palestin begitu sedih, begitu dukacita, kerajaan rejim Zionis telah menghancurkan ribuan rakyat Palestin. 

“Saya harap dan menyeru semua rakyat terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin dipelihara, bertahan dan bersemangat tinggi,” titah Seri Paduka semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Pahang Tua di sini semalam.

Turut berangkat paduka anakanda Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. 

Turut hadir ialah bakal Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri. 

Ru’RASA merupakan bantuan rumah kepada golongan memerlukan yang dibina dengan kerjasama UAE dan untuk hari ini, sebanyak 16 penduduk layak menerima kunci rumah. – BERNAMA / FOTO MUIP

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular