HomeEkonomi53 penjaja Pasar Malam Api-Api perintis pelaksanaan Program Penjaja 'Cashless' Agrobank

53 penjaja Pasar Malam Api-Api perintis pelaksanaan Program Penjaja ‘Cashless’ Agrobank

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Seramai 53 penjaja di Pasar Malam Api-Api Jalan Gaya di sini menjadi perintis kepada pelaksanaan Program Penjaja Perniagaan Transaksi Sifar Tunai (Cashless).

Program yang dilaksanakan Agrobank itu merupakan yang pertama di Malaysia khas kepada penjaja yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussein berkata, pelaksanaan inisiatif itu adalah bertujuan memberi pendedahan kepada penjaja pasar malam untuk menjalankan perniagaan transaksi sifar tunai (Cashless) dalam aktiviti jualan harian mereka selain memupuk aktiviti pembayaran lebih mudah, cepat dan selamat. 

“Program ini kita sasarkan secara keseluruhan kepada penjaja di kawasan Pasar Malam Api-Api untuk mereka menggunakan QR Code sebagai kaedah pembayaran.  Ini juga membolehkan mereka tidak perlu menyimpan wang dan lebihan wang ketika berniaga selain pengunjung juga boleh menggunakan QR Code untuk memberi makanan dan minuman yang ditawarkan penjaja.

“Hari ini (semalam) kita mensasarkan 53 penerima QR Code Agrobank dan penjaja yang membuka akaun di Agrobank dengan minimum RM1,000 akan diberikan hadiah percuma berupa sebuah khemah Agrobank dan kita harap para penjaja menyambut baik tawaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran Progtam Penjaja Cashless di Pasar Malam Api-Api Jalan Gaya di sini semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

Ahmad Badli berkata, penggunaan QR Code itu juga merupakan salah satu program Bank Negara yang mahukan sistem perkhidmatan perbankan beralih dari penggunaan wang ringgit kepada tanpa tunai.

Terdahulu, Foong Hin berkata, pelaksanaan inisiatif itu merupakan salah satu program yang membawa pemodenan kepada sektor kewangan khususnya kepada para penjaja.

“Saya lihat inisiatif ini amat baik dimana para penjaja tidak perlu lagi membawa tunai dan pembeli juga hanya perlu scan QR Code untuk membayar pembelian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular