HomeUtamaKSM fokus pemerkasaan TVET dalam Belanjawan 2024

KSM fokus pemerkasaan TVET dalam Belanjawan 2024

Read Time:3 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memfokuskan beberapa inisiatif yang dibentang dalam Bajet 2024 khususnya berkaitan memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kementeriannya menyambut baik pengumuman Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Parlimen pada 13 Oktober lalu.

“Justeru, saya ingin memfokuskan beberapa inisiatif yang dibentang dalam Bajet 2024 khususnya berkaitan TVET.

“Ini merupakan bajet khusus dalam memastikan generasi muda negara
dapat dilatih sebagai tenaga mahir yang kompeten dan berkualiti,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Kampus Induk Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) di Likas, hari ini.

Mustapha berkata, melalui pengumuman Bajet 2024, Kerajaan telah memperuntukkan
keseluruhan RM6.8 bilion bagi memperkasakan bidang TVET merentasi 12 kementerian.

“Ia melibatkan RM100 juta bagi
menyediakan pensijilan profesional yang diikitiraf industri kepada
graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.

“KSM melalui Human Resource Development Corporation (HRD
Corp) juga terus komited memangkin pembangunan modal insan menerusi inisiatif-inisiatif peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.

“Ini akan dilaksanakan menggunakan peruntukan RM1.6 bilion levi pembangunan manusia untuk 1.7 juta jumlah latihan,” katanya.

Selain itu, katanya, HRD Corp juga akan menjayakan Program Latihan MADANI.

“Inisiatif ini akan direalisasikan menerusi pewujudan dana khas
dengan pengasingan 15 peratus daripada sebahagian caruman levi majikan yang tidak diguna pakai oleh majikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh HRD Corp sepertimana diperuntukkan oleh Akta PSMB 2001.

“Dana khas ini akan digunakan untuk menyokong usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta akan membantu golongan rentan seperti bekas banduan, OKU, warga emas dan pesara. Ini merupakan berita baik untuk pengusaha PMKS di Sabah untuk didedahkan dengan kaedah pengurusan dan teknologi baharu,” ujarnya.

Tambah beliau, pada tahun hadapan HRD Corp juga akan menyediakan dana kredit kemahiran atau MySkills Credit bagi membiayai program latihan kemahiran individu pilihan sendiri.

“Manakala, melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
(PTPK) dengan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta ringgit akan menyediakan pinjaman Pendidikan kepada 12 ribu pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran.

“RM20 juta ringgit dikhaskan untuk manfaat pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa. Dana ini juga akan memperuntukan sebahagian untuk kos logistik kepada anak-anak Sabah dan Sarawak sebagai insentif tambahan,” jelasnya.

Disamping itu, beliau berkata, bagi mengekang kekurangan bakat tempatan dan ketidak padanan
kemahiran, Program Academy in Industry (AiI) akan dilaksanakan
untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan sebanyak RM70 juta ringgit.

Seterusnya, katanya, sebanyak 17 juta ringgit disediakan untuk melaksanakan Program Tahfiz TVET.

“Program ini akan membuka
peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran di
samping meneruskan pengajian hafazan.

“Dalam hal ini, saya di kementerian sedang dalam membangunkan
kerangka penubuhan Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Ulul Albab dengan menggunakan dan mentransformasi ILP sedia ada.

“ILP Ulul Albab ini akan menawarkan program-program TVET dalam masa
yang sama menawarkan kursus menghafaz Al-Qur’an yang lebih
berstruktur. Inisiatif ini akan memberi nilai tambah kepada para
huffaz dan sudah pasti kita ingin melahirkan generasi teknokrat
MADANI,” katanya.

Mustapha (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah KKYS Datuk Tah Nia Jaman berupa barangan kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar KTYS sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki (kiri).

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beliau yang juga selaku Pengerusi Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mengadakan lawatan rasmi beliau ke KTYS bertujuan memastikan semua penyedia-penyedia latihan yang berada di negara ini, termasuk dalam program-program yang dirancang oleh KSM terutamanya melibatkan TVET.

“Kebetulan KTYS di bawah kawasan Parlimen saya, jadi saya ingin memastikan kolej ini bersama-sama menjayakan program-program latihan yang dirancang oleh KSM terutamanya melibatkan TVET berjalan dengan lancar.

“Justeru itu, sesungguhnya, saya amat yakin dengan peruntukan yang
dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri berkaitan TVET akan dapat memastikan TVET akan terus diperkasa dan mampu merubah mentaliti bahawa TVET bukan lagi pilihan altenatif terakhir.

“Saya juga percaya Bajet 2024 “Reformasi Ekonomi, Memperkasa
Rakyat” akan memangkin kekuatan ekonomi Malaysia.

“Terutamanya dalam melahirkan bakat tempatan yang berkemahiran
dan berpendapatan tinggi serta mengurangkan kebergantungan
dengan pekerja asing,” tegasnya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) Sdn Bhd Datuk Tah Nia Jaman dan Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular