HomeSukanPemilihan pasukan Futsal lelaki Sabah FA

Pemilihan pasukan Futsal lelaki Sabah FA

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) akan mengadakan sesi pemilihan untuk mencari pemain lelaki bagi menyertai kejohanan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) musim hadapan.

Sesi pemilihan bagi mencari bakat baharu itu akan diadakan di dua daerah iaitu Kota Kinabalu pada 4 dan 5 November ini sebelum diteruskan di daerah Tawau, pada 8 dan 9 November depan.

Penolong Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, sesi pemilihan pertama akan diadakan di Arena Futsal Yayasan Sabah bermula jam 9 pagi.

Katanya, manakala sesi pemilihan kedua pula akan diadakan di Stadio De Futsal dan dijangka bermula pada jam 7 malam.

“Pemain bola sepak futsal lelaki yang berminat untuk menyarung jersi Pasukan Sabah FA bagi kejohanan MPFL musim hadapan dipelawa untuk menyertai sesi pemilihan ini.

“Sesi pemilihan ini akan dikendalikan barisan kejurulatihan berpengalaman yang diketuai jurulatih Patt Sriwijit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Shamsuddin berkata, sesi pemilihan ini adalah persediaan awal SAFA untuk memantapkan pasukan futsal lelaki sebelum berlangsungnya kejohanan MPFL bermula Januari 2024.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejayaan atlet Paralimpik di Paris diharap dapat suntik semangat buat atlet...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular