HomeSukan527 badan sukan dibatalkan pendaftaran sejak 2011

527 badan sukan dibatalkan pendaftaran sejak 2011

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 527 badan sukan di negeri ini telah dibatalkan pendaftaran sejak 2011 hingga Jun lalu selepas gagal mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) atau laporan tahunan.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia Suhardi Alias berkata, bagi tahun ini, sebanyak 145 badan sukan telah dibatalkan dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.

“Sebanyak 95 buah persatuan peringkat negeri telah berdaftar setakat 17 Oktober lalu yang merangkumi berbagai jenis sukan dan sebanyak 1,635 buah badan sukan telah berdaftar dalam tempoh itu meliputi peringkat negeri, daerah dan kelab.

“Namun bagi tahun ini, sebanyak 145 badan sukan telah dibatalkan dan akan terus meningkat kerana trend badan sukan yang culas untuk mengemukakan (MYKB) selama tiga tahun berturut- turut atau laporan tahunan kepada pejabat Pesuruhjaya Sukan yang wajib dikemukakan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika menghadiri Sesi Townhall PJS bersama badan sukan negeri Sabah di Arena Belia di sini semalam.

Sementara itu, Suhardi ketika ditemui berkata, kepimpinan dan pengurusan persatuan sukan yang cemerlang dan terbaik akan memastikan segala perancangan badan sukan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan berintegriti.

Katanya, ia juga akan memastikan suntikan kewangan sama ada dari kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, mahupun termasuk pihak swasta akan mencurah masuk ke persatuan.

“Pada pandangan PJS bahawa program ini adalah amat berjaya kerana ia dapat memberikan perspektif baru kepada semua persatuan sukan di Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.

“Sudah tentu ini juga akan dapat memudahkan persatuan sukan negeri untuk merancang program-program mereka kea rah melaksanakan aktiviti di masa depan termasuk temasya-temasya besar yang turut disertai oleh atlet Sabah iaitu Sukan Malaysia dan Para Sukan Malaysia tahun depan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular