HomeUtamaAPM sedia hadapi musim tengkujuh

APM sedia hadapi musim tengkujuh

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pelbagai peringkat termasuk daerah dan negeri telah mengatur gerak semua persediaan bagi menghadapi fenomena Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh yang dijangka akan bermula Sabtu ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Ibu Pejabat APM Dr Mohammad Fazli Sardi berkata, ia termasuklah persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan sumber manusia.

“Seperti semua sedia maklum, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memaklumkan bahawa fasa MTL dijangka bermula Sabtu ini hingga Mac 2024 dan kita dapat lihat semua persediaan setiap agensi telah dilaksanakan dengan baik termasuklah APM Sabah dan juga negeri-negeri lain.

“Kita berdoa sama-sama agar impak MTL ini tidak terlalu besar dan mungkin kita tidak mampu mengurangkan bencana namun risiko impak kepada komuniti itu dapat dikurangkan apabila kita telah melaksanakan pelbagai aktiviti bersama komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Pertahanan Awam (SISPA) ke-9 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Fazli berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti kira-kira 6,000 ‘hotspot’ banjir di seluruh negara sepanjang tempoh MTL berlaku di negara ini.

Katanya, APM bersama agensi lain akan memberi tumpuan di kawasan berkenaan khususnya dalam usaha memberi kesedaran kepada komuniti mengenai bencana banjir.

“Pada kali ini kita tumpukan untuk beri kesedaran kepada komuniti agar impak banjir dapat diminimumkan. 

“Kita tahu banjir akan tetap berlaku, namun apa yang kita mahu terapkan ialah bagaimana kita berhadapan dengan bencana itu agar impak tidak teruk.

“Sebelum ini kurangnya kesedaran komuniti menyebabkan impak banjir itu besar kerana mangsa tiada persediaan awal, kita tidak mau perkara ini berlaku lagi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular