HomeIsu tempatanDua pertubuhan terima sumbangan menerusi larian amal Taman Kinabalu

Dua pertubuhan terima sumbangan menerusi larian amal Taman Kinabalu

Read Time:1 Minute, 16 Second

Ranau : Dua pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan amal menerusi penganjuran Larian Amal Taman Kinabalu yang julung kali dianjurkan di sini pagi tadi.

Antara penerima sumbangan itu adalah Starfish Malaysia Foundation dan Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu.

Larian amal yang diadakan di Taman Kinabalu itu disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew yang diwakili Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Maklarin Lakim.

Christina ketika berucap berkata, organisasi terlibat telah bekerja tanpa jemu selain memberi impak yang berkekalan kepada kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik khususnya di luar bandar selain menyediakan penjagaan paliatif kepada masyarakat yang memerlukan.

“Disebalik keindahan landskap yang indah di Sabah terletak beribu-ribu lagi kanak-kanak yang menghadapi kesusahan yang tidak dapat dibayangkan termasuklah kehilangan keperluan asas, pendidikan dan sebagainya.

“Namun dengan penyertaan anda menerusi larian amal ini, kitab oleh mengubah hidup mereka.  Dana yang diperoleh melalui tajaan dan pendaftaran peserta akan digunakan untuk menyediakan sumber dan sokongan yang diperlukan kepada organisasi ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 76 peserta dari pelbagai daerah di negeri ini turut sama memeriahkan larian amal berkenaan.

Maklarin Lakim

Christina turut berbangga dengan inisiatif yang dilaksanakan TTS dan Sutera Sanctuary Lodges yang merangkumi nilai-nilai yang ada di negeri ini termasuk cinta kepada tanah air dan komitmen mendalam terhadap kesejahteraan rakyat di Sabah.

“Saya berbesar hati ingi memaklumkan bahawa larian amal ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan iaitu November 2024.  Sokongan berterusan anda adalah penting dalam mengekalkan perubahan positif yang ingin kita capai dalam komuniti,” katanya . SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Latihan kebakaran perkasa kesedaran keselamatan pelajar UMS Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular