HomeUtamaKPLB Sabah sedia peruntukan secukupnya, tingkat prasarana luar bandar tahun depan

KPLB Sabah sedia peruntukan secukupnya, tingkat prasarana luar bandar tahun depan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Sepanggar : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mempersiapkan peruntukan secukupnya bagi tahun 2024 dalam usaha mempertingkatkan lagi prasarana dan ekonomi luar bandar di negeri ini.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, , ia juga mampu meningkatkan daya saing serta selari dengan momentum kemajuan negara.

“Saya difahamkan bagi tahun 2024, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM 7.439 Billion yang memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan prasarana dan ekonomi luar bandar agar mampu berdaya saing serta selari dengan momentum kemajuan negara.

“Ini memperlihatkan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan keperluan di desa adalah setanding dengan kawasan bandar, tanpa meminggirkan mana-mana kelompok rakyat.

“Secara keseluruhannya, peruntukan-peruntukan ini dilihat berupaya menyokong pembangunan sosioekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera dan makmur sebagaimana dinyatakan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Institusi Pentadbiran Peringkat Kampung (IPPK) anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) cawangan Sabah KKDW di sini hari ini.

Seminar itu berjaya mengumpulkan seramai 300 orang barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sabah.

Jahid berkata, Kerajaan Sabah turut merakamkan penghargaan kepada KKDW dengan peruntukan khas sebanyak RM5,000 yang diberikan kepada JPKK dan JPKKP di seluruh Malaysia, seperti yang dimaklumkan pada pembentangan Belanjawan 2024.

Katanya, peruntukan itu dilihat sebagai pemangkin untuk pihak JPKK menggerakkan lagi pelbagai program pembangunan komuniti sama ada aktiviti ekonomi, keselamatan, sosial dan keindahan kampung.

“Ini merupakan berita yang cukup baik kepada pentadbiran di akar umbi, bukan mudah buat Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan luar bandar itu dapat dikecapi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular