HomeUtama22 pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah terima diploma di UTM

22 pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah terima diploma di UTM

Read Time:1 Minute, 12 Second

SKUDAI: Seramai 22 pelajar Sabah dari Kolej Teknologi Yayasan Sabah ( KTYS ) telah menerima diploma masing-masing pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) ke-67 di UTM Skudai, Johor hari ini.

Majlis istiadat konvokesyen itu telah berlangsung selama enam hari bermula 18 hingga 23 November 2023 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM.

Para graduan KTYS berkenaan adalah antara 1170 penerima diploma yang disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Mereka terdiri daripada graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di KTYS masing-masing dalam bidang Sains Komputer, Pengurusan Teknologi, Perakaunan dan Harta Tanah.

Turut hadir menyaksikan majlis konvokesyen itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki.

Pada majlis itu juga, tiga pelajar KTYS turut menerima Anugerah Dekan.

Sehubungan dengan itu, Haji Samin menyeru kepada pelajar-pelajar lepasan SPM supaya merebut peluang memperolehi Diploma UTM secara sepenuh masa di KTYS.

“KTYS akan membuka 120 kouta bersamaan 30 pelajar bagi setiap program Diploma bagi ambilan Januari 2024 yang akan memulakan pengajian 15 Februari 2024,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen itu.

Menurut Haji Samin, Biasiswa Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), pinjaman Yayasan Sabah dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disediakan untuk membiayai pelajar sepanjang pengajian.

“Pelajar mempunyai peluang menyambung pengajian peringkat ijazah di UTM, DRB – HICOM University dan Al Bukhary International University.

“Semua kursus tersebut mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya