HomeUtamaHajiji pengerusikan mesyuarat JKKN Sabah

Hajiji pengerusikan mesyuarat JKKN Sabah

Read Time:32 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah di Menara Kinabalu di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan Mahyuddin, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan.

Hajiji turut mengumumkan pelantikan Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof dan Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik sebagai ahli tetap JKKN Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular