HomeUtamaBangunan daif skala 6 dan 7 di lebih 1,000 sekolah seluruh negara

Bangunan daif skala 6 dan 7 di lebih 1,000 sekolah seluruh negara

Read Time:47 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Sejumlah 1,156 sekolah mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7 di seluruh negara sehingga September lepas, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Beliau berkata berdasarkan semakan kementerian berkenaan daripada jumlah itu, 406 sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7 adalah di Sabah.

“Sebanyak enam sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7 di Parlimen Tawau (dengan) lima sekolah telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan sebuah lagi sekolah akan dikemukakan permohonan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan kelima tahun 2025,” katanya menjawab soalan tambahan Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai statistik bilangan sekolah daif di seluruh negara pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Skala 6 merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dilakukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) manakala skala 7 merujuk kepada bangunan tidak selamat dengan pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular