HomeUtamaKPDN Sabah lupus rampasan barang tiruan berjumlah RM 375,210.63

KPDN Sabah lupus rampasan barang tiruan berjumlah RM 375,210.63

Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah melupuskan barang rampasan bernilai RM 375,210.63 melibatkan
kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tahun 2019 hingga 2023 di sini, hari ini.

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, pelupusan barang rampasan yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi, merupakan Majlis Pelupusan Ekshibit Perdana yang dilaksanakan sekali setahun oleh Seksyen Penguat Kuasa.

Katanya, barang rampasan yang terlibat dalam pelupusan ini adalah barang tiruan seperti pakaian sukan, kasut, selipar, beg, jam tangan, minyak wangi, syampu, pencukur, pendrive, dan cakera padat yang membabitkan 11 kes selesai dan telah didapati bersalah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Untuk rekod, sepanjang tahun 2023, KPDN Sabah telah melaksanakan 18 pelupusan dengan nilai ekshibit sebanyak
RM1,045,644.65. Daripada nilai tersebut sebanyak RM396,998.07 telah dijadikan hasil Kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Georgie, bagi statistik penguatkuasaan KPDN Sabah, setakat bulan Januari hingga 21 November 2023 sebanyak 70,335 pemeriksaan telah dilaksanakan di premis-premis di seluruh negeri Sabah.

“Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 1,096 kes telah dihasilkan melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Perihal Dagangan 2011 dengan nilai kompaun sebanyak RM485,800.00, nilai rampasan sebanyak RM5,941,181.81 dan nilai denda sebanyak RM123,000.00.

“Bagi memastikan kepentingan pengguna terus dipelihara dalam Negara, KPDN akan sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan
mengambil tindakan yang tegas dan adil ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan Kementerian agar dapat mewujudkan suasana perniagaan yang adil dan kondusif,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan para peniaga agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya.

Beliau berkata, KPDN sentiasa mengalu -alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga. Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran aduan seperti berikut:

1) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
2) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
3) Call Centre 1-800-886-800;
4) Emel: [email protected] ;
5) Ez ADU KPDN;
6) Hadir sendiri ke Pejabat KPDN yang berdekatan;
7) Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command Centre): 03 – 8882 6088 / 6245;
8) Bilik gerakan KPDN Sabah: 088-484 368

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular