HomeUtamaPusat pengedaran utama koperasi dicadang ditambah di Sabah, Sarawak

Pusat pengedaran utama koperasi dicadang ditambah di Sabah, Sarawak

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bercadang untuk menambah bilangan pusat pengedaran utama (DC) koperasi di bawah cadangan inisiatif penstabilan harga barangan keperluan asas melalui gerakan koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ketika ini Sabah mempunyai dua DC dan cadangan penambahan satu DC pada tahun hadapan, manakala di Sarawak pula mempunyai dua DC ketika ini dan cadangan penambahan lima lagi DC pada tahun ini.

“Cadangan penambahan DC ini dilaksanakan di bawah Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE) yang bertujuan menaiktaraf CoopMart sebagai pusat pengedaran koperasi bagi menambah bilangan DC seterusnya mengurangkan kos logistik di mana geran bantuan sehingga RM300,000 disediakan kepada koperasi yang layak untuk dibangunkan menjadi DC,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee yang bertanyakan dapatan kajian menilai keberkesanan subsidi dalam mengurangkan kos pengangkutan barangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Ewon berkata, pemberian subsidi pengangkutan untuk barangan keperluan harian dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak menerusi gerakan koperasi dapat membantu menstabilkan harga barangan keperluan di kawasan luar bandar dan pendalaman.

“KUSKOP dan SKM telah mengenalpasti inisiatif serta mekanisme membantu penstabilan harga barangan keperluan asas melibatkan gerakan koperasi melalui penyediaan insentif bagi membiayai kos pengangkutan.

“Melalui cadangan inisiatif ini, pusat pengedaran atau sub pusat pengedaran koperasi serta outlet CoopMart di Sabah dan Sarawak akan membantu penstabilan harga barangan keperluan harian di kawasan pedalaman di samping membantu penjanaan pendapatan koperasi terlibat.

“Perincian inisiatif tersebut sedang diselaraskan di peringkat kementerian dan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk pertimbangan peruntukan dan tindakan penyelarasan selanjutnya,” katanya.

Ewon berkata, cadangan inisiatif penstabilan harga barangan keperluan harian tersebut adalah bagi melengkapkan usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di bawah inisiatif harga Rahmah bagi menyediakan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya