HomeUtamaSPAN tambah baik sistem penyampaian

SPAN tambah baik sistem penyampaian

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu :  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN) akan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan selari dengan perubahan masa.

Pengerusinya, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, prestasi yang baik sepanjang tahun lalu memberi momentum kepada SPAN agar memberi perhatian kepada perkhidmatan atas talian yang merupakan platform terbaik pada masa kini.

“SPAN berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang mengikut peruntukan perlembagaan dan akan diteruskan di samping mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan.

“Sebanyak 70 peratus kekosongan telah pun diisi pada tahun ini dan akan terus mengiklankan kekosongan jawatan yang dimaklumkan di mana calon perlu melalui prosedur biasa termasuk pemilihan calon serta proses temuduga mengikut skim jawatan yang ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Sukarti berkata, kerjasama SPAN dengan jabatan jabatan negeri serta pejabat daerah amat baik dan wajar diteruskan kerana peranan setiap agensi saling melengkapi dalam pengurusan sumber manusia agensi.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk membentangkan laporan tahun 2022, aktiviti serta pencapaian sepanjang tahun lepas.

Antara yang turut hadir dalam rombongan SPAN ialah Datuk Claidius Roman, Datuk Idrus Shafie dan Datuk Halimah Haji Nawab Khan.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya