Media berperanan sampaikan dasar Kerajaan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu: Pengamal media memainkan peranan besar khususnya dalam menyampaikan dasar-dasar Kerajaan kepada rakyat.

Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, media merupakan medium dalam menyampaikan fungsi dan peranan pejabat-pejabat Persekutuan di negeri ini.

“Kita sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pihak media dalam menyebarkan fungsi dan peranan yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) serta pejabat-pejabat persekutuan lain di negeri ini kepada rakyat.

Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin

“Mereka (media) merupakan medium penting yang menjadi perantara kita dengan masyarakat dalam menyampaikan segala dasar, matlamat dan info terkini pejabat-pejabat persekutuan di Sabah.

“Harapan kita agar program sebegini akan diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara media dan PSUPS,” katanya ketika ditemui media dalam majlis Jalinan Mesra Media: Bowling Bersama PSUPS, di sini.

Dianggarkan 100 orang hadir memeriahkan program tersebut terdiri daripada pengamal media di negeri ini serta kakitangan PSUPS dalam usaha mengeratkan hubungan kerjasama dalam memartabatkan peranan masing-masing dan berbakti kepada masyarakat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *