HomeUtamaBelanjawan 2024 : Penjawat awam Sabah terima BKK RM2,000

Belanjawan 2024 : Penjawat awam Sabah terima BKK RM2,000

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan itu meliputi penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

“Kerajaan amat menghargai atas komitmen dan usaha para penjawat  awam dalam menggalas tugas yang telah diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri ingin membawa khabar gembira kepada semua Penjawat Awam Negeri Sabah khususnya kepada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan yang menjadi penggerak utama jentera pentadbiran Kerajaan.

“Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeir (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, bayaran khas kewangan ini akan dibayar secara dua kali iaitu RM1,000 dibayar pada bulan Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk terus bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Isu MA63: Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahankan hak perlembagaan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular